PERATURAN PERMAINAN KEJOHANAN HOKI DEWAN UPSI 2011
1. PERATURAN AM
Selain dari peraturan yang
terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang ‘Rules of Indoor Hockey 2007’ yang
ditetapkan oleh The International Hockey
Federation”.
Sekiranya timbul sebarang
perselisihan dari segi pentafsirannya, maka undang-undang dalam Bahasa Inggeris
akan dipatuhi
Pertandingan ini dinamakan ”KEJOHANAN HOKI DEWAN TERBUKA UPSI, KE-6 2011”.
1.1
Kategori dan tarikh pertandingan bermula adalah seperti
berikut:-
Bil
|
Kategori/Perkara
|
Masa bermula
|
1.
|
Terbuka – Lelaki
|
Sabtu 7.30 pagi
|
2.
|
Institut Pengajian Tinggi (IPT) – Lelaki
|
Jumaat 300 petang
|
3.
|
Institut Pengajian Tinggi (IPT) – Wanita
|
Jumaat 3.00 petang
|
4.
|
Bawah 16 Tahun
– Lelaki
|
Jumaat 3.00 petang
|
5.
|
Bawah 16 Tahun
– Wanita
|
Jumaat 3.00 petang
|
6.
|
Bawah 12 Tahun
– Lelaki
|
Jumaat 3.00 petang
|
7.
|
Bawah 12 Tahun
- Wanita
|
Jumaat 3.00 petang
|
8.
|
Separuh Akhir
/ Ketiga dan Akhir
|
Ahad 8.00 pagi
|
9.
|
Mesyuarat
Pengurus Pasukan
|
20/10/11 8.30 malam
|
1.2 Peralatan
pertandingan:
1.2.1 Kayu hoki dewan dan bola disediakan oleh
penganjur kecuali peralatan penjaga gol (padding)
1.2.2 Hanya kayu hoki dewan dan bola yang
disediakan oleh penganjur sahaja boleh digunakan untuk pertandingan ini. (kecuali
yang dipersetujui oleh pihak teknikal)
1.2.3 Pasukan yang bertanding hendaklah membawa
peralatan penjaga gol (padding) sendiri.
1.2.4 Semua pemain dimestikan memakai pelapik keting (shin guard)
1.2.5 Pemain mesti gunakan
nombor yang sama sepanjang pertandingan.
2. PENGURUSAN PERTANDINGAN
Pertandingan ini dianjurkan oleh Pusat Sukan,
Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan kerjasama Persatuan Hoki Perak dan
Kementerian Pengajian Tinggi. Pengelolaan pertandingan adalah dibawah tanggungjawab
Pengarah Pertandingan dan penolongnya yang meliputi tugas-tugas berikut:-
2.1 Menentukan peraturan-peraturan pertandingan dipatuhi
2.2 Menjaga masa
2.3 Pengurusan dan penyeliaan Juri Rayuan / Pengadil
2.4 Disiplin Pemain / Pegawai
3. KELAYAKAN
PENYERTAAN
3.1 Penyertaan adalah terbuka
kepada semua sekolah-sekolah menengah di seluruh Malaysia , Institusi Pengajian
Tinggi Awam / Swasta Malaysia dan Kelab-kelab Hoki di seluruh Malaysia dan
Pasukan Jemputan dari Luar Negara..
3.2 Borang penyertaan
hendaklah dikembalikan bersama yuran pendaftaran kepada:
Sekretariat
Sukan Bitara UPSI ke 6, 2011
Pusat
Sukan,
Jabatan
Hal Ehwal Pelajar & Alumni,
Universiti
Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim, Perak
Tel : 05-4506550
Fax : 05-4585137
3.3 Semua permohonan
penyertaan hendaklah sampai kepada Sekretariat
Kejohanan Hoki Dewan Terbuka UPSI-Ke 6 sebelum atau pada 15 Oktober 2011.
3.4 Yuran penyertaan adalah berdasarkan
kategori masing.
Ø
Terbuka :
RM 200.00
Ø
IPT Lelaki & Wanita :
RM 150.00
Ø
Bawah 16 Tahun Lelaki & Wanita : RM 100.00
Ø
Bawah 12 Tahun Lelaki & Wanita : RM 100.00
3.5 Bayaran boleh dilakukan
secara tunai, cek atau wang pos atas nama BENDAHARI,
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS.
3.6 Sebarang kemusykilan
boleh berhubung terus kepada Urusetia Pertandingan Hoki Dewan seperti pada
talian tertera diatas.
3.7 Sila bawa Kad Pengenalan/
Kad Pelajar / Pasport (ORIGINAL) untuk
urusan penyemakan status pemain. Kegagalan mengemukan dokumen asal akan
menyebabkan penyertaan pemain terbabit dibatalkan.
4. PENDAFTARAN
4.1 Setiap pasukan
mengandungi 10 orang berdaftar, 8 orang pemain berdaftar untuk setiap perlawanan (termasuk 2
orang simpanan) dan 2 orang pegawai.
4.2 Pasukan yang menggunakan
pemain yang tidak berdaftar akan digantung penyertaan untuk kejohanan ini dan
diajukan ke lembaga tatatertib untuk tindakan selanjutnya.
4.3 Pemian tidak dibenarkan
mendaftar melebihi 1 pasukan didalam pertandingan ini. Penambahan &
pertukaran pemain mestilah dilakukan sebelum Mesyuarat Pengurus Pasukan (20 Okt
2011, Khamis 9.00 mlm). Tidak dibenarkan mendaftar pemain selepas mesyuarat
pengurus pasukan selesai.
4.3 Pertukaran secara “rolling
substitutions” akan digunakan didalam pertandingan ini dihadapan meja teknikal.
4.4 Setiap pemain hanya menggunakan nombor
yang didaftarkan sahaja.
5. SISTEM
PERTANDINGAN
5.1 Pertandingan akan
dijalankan secara LIGA satu pusingan di peringkat PUSINGAN PERMULAAN dan seterusnya secara kalah mati di peringkat PUSINGAN KEDUA hingga PERLAWANAN AKHIR.
5.2 Bagi perlawanan dalam
kumpulan di peringkat permulaan yang dijalankan secara LIGA, pasukan yang
menang mendapat 3 mata, seri 1 mata dan kalah 0 mata.
5.3 Pasukan yang memungut
mata terbanyak menjadi Johan Kumpulan dan pasukan yang mendapat jumlah mata
kedua terbanyak menjadi Naib Johan Kumpulan.
5.4 Sekiranya kiraan mata
diperolehi sama, maka keputusan akan ditentukan seperti berikut:-
5.4.1 Pasukan yang memperoleh
perbezaan gol yang lebih banyak akan dianggap sebagai pemenang. (Goal
difference)
5.4.2 Sekiranya terdapat pasukan
yang memperolehi perbezaan gol yang sama juga, pasukan yang menjaringkan gol
terbanyak akan dikira sebagai pemenang.
5.4.3 Sekiranya jaringan gol
juga sama, pasukan yang telah mengalahkan lawannya pada peringkat kumpulan akan
dikira menang.
5.4.4 Jika kedudukan masih seri,
keputusan akan ditentukan dengan pertandingan pukulan penalti seperti peraturan
(6).
5.5 Undian untuk pusingan
kedua akan dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal. Perlawanan di peringkat
PUSINGAN KEDUA hingga PERLAWANAN AKHIR dijalankan secara KALAH MATI. Pasukan
yang menjaringkan gol terbanyak dikira sebagai pemenang. Sekiranya keputusan
masih seri selepas permainan masa penuh ditamatkan:
5.5.1 Perlawanan tambahan selama
3 minit dijalankan tanpa rehat.
5.5.2 Jika selepas masa tambahan
keputusan masih seri, pertandingan pukulan penalti seperti peraturan (6) akan
dijalankan untuk menentukan pemenang.
6. SISTEM PUKULAN
PENALTI
6.1 Tiga (3) pemain dari
kedua-dua pasukan akan mengambil pukulan penalti berselang-seli terhadap
penjaga gol pasukan lawan.
6.2 Jika kedudukan masih
seri, penalti akan dilanjutkan dengan cara ”sudden
death”.
6.3 Pengadil-pengadil akan
menentukan gol dimana pukulan penalti akan dijalankan.
6.4 Pengadil akan membuat
undian. Pasukan yang menang akan membuat pilihan samada membuat pukulan penalti
atau bertahan dahulu.
6.5 Penjaga gol tidak boleh
ditukar kecuali cedera.
7. JADUAL
PERTANDINGAN
Jadual pertandingan akan
disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan.
8. MASA PERMAINAN
8.1 Tempoh masa bermain ialah
10 minit bagi tiap-tiap perlawanan tanpa pertukaran tempat bagi pusingan awal,
kedua, suku akhir dan separuh akhir.
8.2 Bagi peringkat akhir dan
tempat ke-3 dan ke-4 sahaja masa permainan ialah 7-1-7 minit.
8.3 Pasukan yang tidak
sanggup meneruskan sesuatu perlawanan
dianggap menarik diri dan tersingkir daripada pertandingan ini. Semua
keputusan perlawanan terdahulu tidak diambilkira.
8.4 Sekurang-kurangnya mesti
ada 4 orang pemain bagi setiap pasukan berada di padang sebelum seuatu
perlawanan boleh dimulakan. Jika kurang, pasukan berkenaan dikira menarik diri.
8.5 Tempoh masa tambahan di
pusingan kalah mati adalah seperti perkara 5.5.1,5.5.2 di atas.
9. PENGADIL &
TEKNIKAL PERTANDINGAN
Pengadil & Teknikal
kejohanan ini adalah terdiri daripada Lembaga Pengadil Persatuan Hoki Perak.
10. BANTAHAN
10.1 Pada akhir sesuatu perlawanan,
sekiranya mana-mana pasukan yang ingin membuat bantahan maka bantahan hendaklah
dikemukakan secara lisan kepada Pegawai Teknikal Bertugas atau wakilnya. Pengurus Pasukan mesti menulis
perkataan-perkataan yang berbunyi ”INGIN
BANTAH” semasa menandatangani Laporan Perlawanan.
10.2 Bantahan bertulis serta
wang tunai RM 300.00 hendaklah
diserahkan kepada Pegawai Teknikal dalam masa 10 minit selepas perlawanan tersebut tamat dan ditandatangani oleh
pengurus pasukan yang berdaftar dengan urusetia pertandingan.
10.3 Wang bantahan tidak akan
dikembalikan semula sekiranya bantahan tersebut tidak diterima dan yuran
pemprosesan sebanyak RM 50.00 akan dikenakan sekiranya bantahan diterima.
11. TATATERTIB
11.1 Pemain-pemain:-
11.1.1
Tiga (3) Kad Hijau disepanjang pertandingan akan
digantung satu perlawanan.
11.1.2 Dua (2) Kad Hijau dan satu
(1) Kad Kuning disepanjang pertandingan akan digantung satu perlawanan
berikutnya.
11.1.3
Dua (2) Kad Kuning disepanjang pertandingan akan
digantung satu perlawanan berikutnya.
11.1.4 Satu (1) Kad Merah akan
digantung satu perlawanan atau beberapa perlawanan dan diputuskan oleh
Jawatankuasa Teknikal Pertandingan, jika perlu pemain akan dirujukkan kepada
Lembaga Tatatertib Kejohanan Hoki Dewan UPSI Ke-6 2011.
11.2 Pegawai-pegawai
Pegawai-pegawai pasukan yang
didapati melakukan kesalahan tatatertib akan diberi amaran dan sekiranya perlu
dilaporkan kepada Lembaga Tatatertib Persatuan Hoki Perak Darul Ridzuan.
12. HADIAH
Hadiah-hadiah akan disediakan
bagi setiap kategori adalah seperti berikut:-
Kategori Terbuka
12.1 Johan -
RM2,000.00 + Medal + Sijil Penghargaan
12.2 Naib Johan -
RM 1,500.00 + Medal + Sijil Penghargaan
12.3 Ketiga -
RM 1,000.00 + Medal + Sijil Penghargaan
12.4 Keempat -
RM 500.00 + Medal + Sijil Penghargaan
Kategori IPT
12.5 Johan -
RM1,500.00 + Medal + Sijil Penghargaan
12.6 Naib Johan -
RM 1,000.00 + Medal + Sijil Penghargaan
12.7 Ketiga -
RM 750.00 + Medal + Sijil Penghargaan
12.8 Keempat - RM 500.00 +
Medal + Sijil Penghargaan
Kategori Bawah 16 & 12 Tahun
12.9 Johan -
RM1,000.00 + Medal + Sijil Penghargaan
12.10 Naib Johan -
RM 700.00 + Medal + Sijil Penghargaan
12.11 Ketiga -
RM 500.00 + Medal + Sijil Penghargaan
12.12 Keempat -
RM 300.00 + Medal + Sijil Penghargaan
13. PENANGGUHAN
13.1 Sekiranya keadaaan gelanggang
tidak sesuai untuk sesuatu permainan ataupun ditangguhkan, ianya akan disambung
di tempat dan masa yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknikal Pertandingan
dan ianya adalah muktamad.
13.2 Jika permainan ditamatkan
selepas separuh masa, keputusan adalah kekal.
14. BORANG
Borang diadakan bagi tujuan
Penyertaan Rasmi Pasukan, Pendaftaran Pemain serta Pendaftaran
Pertandingan/Permainan. Borang Penyertaan Rasmi telah dikepilkan bersama-sama
dengan surat jemputan. Pasukan yang berminat hendaklah membaca terlebih dahulu
peraturan pertandingan dan melengkapkan borang-borang tersebut untuk dihantar
sebelum tarikh tutup penyertaan untuk memudahkan bahagian teknikal kami
menyusun jadual pertandingan. Borang Pendaftaran Pemain dan Borang Pendaftaran
Pertandingan pula diberikan sebelum pertandingan bermula. Setiap pasukan
hendaklah menulis nama pemain utama sebelum dihantar ke meja urusetia. Ini
adalah untuk teknikal menyemak senarai nama pemain utama bagi mengelakkan
sebarang keraguan serta memudahkan statistik permainan dibuat.
15. PERKARA – PERKARA
YANG TIDAK DINYATAKAN
Semua perkara yang tidak
dinyatakan dalam Peraturan – Peraturan Am ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa
pengelola Pertandingan dan keputusannya adalah MUKTAMAD
DISEDIAKAN OLEH
JAWATANKUASA TEKNIKAL
PERSATUAN HOKI PERAK
Why is blackjack at casino near me?
ReplyDeleteBlackjack is a melbet popular game in casinos because of 1xbet the wide 슬롯 나라 range of games in 인터넷 바카라 사이트 the casino. It is played in a high variance fashion by the casinos that หาเงินออนไลน์ cater to this