Monday, August 15, 2011

Peralatan Permainan Hoki

       


  • Pintu gol

Gol diletakkan di tengah garisan belakang. Ia dibuat dengan dua tiang gol tengah yang disambung dengan satu tiang mendatar (crossbar). Jarak di antara dua tiang tengah adalah 3.66 meter manakala ketinggiannya adalah  2.14 meter. Semua tiang di cat dengan warna putih.

  • Jaring

Jaring diikat kukuh pada tiang tengah dan tiang mendatar. Ia mempunyai “mesh” berukuran 45mm dan berbentuk empat segi.

  • Tiang bendera

Empat tiang bendera diletakkan di setiap luar sudut padang permainan dan dikenali sebagai bendera sudut. Ketinggian tiang ini di antara 1.20meter hingga 1.50 meter. Tiang ini diperbuat daripada bahan lembut untuk menjamin keselamatan pemain.


                                                  


Bola
Bola berbentuk bulat, keras, pejal atau kosong digunakan. Biasanya permukaan bola adalah licin dan berwarna putih. Berat bola adalah diantara 156 g – 163 g dan lilitan bola adalah di antara 224 g – 235 g.


                                                              



  • Kayu hoki

Kayu hoki yang rata di sebelah kiri dan berbentuk bulat di sebelah kanan. Bahagian rata di sebelah kiri kayu dipanggil muka kayu (face ofthe stick) dan hanya boleh digunakan dalam permainan. Bahagian bulat kayu di panggil belakang kayu (back stick) dan bahagian ini tidak boleh digunakan semasa bermain. Bahagian lengkuk kayu di panggil kepala kayu yang berbentuk “J” atau “U”. Kayu hoki hendaklah licin dan tidak tajam di bahagian tepi. Tebal kayu dihadkan dan hanya bolehmelalui satu gelung yang berdiameter 51 mm. Kayu hoki diperbuat daripada kayu dan berat tidak melebihi 737 g.


  • Alatan penjaga gol

Penjaga gol mesti dilindungi dengan baik dan mesti memakai perlindungan badan yang sesuai. Penjaga perlu memakai ped di kakidari pergelangan kaki sehingga paras lutut. Ped mestilah ringan untuk membantu pergerakan penjaga gol. Sarung tangan penjaga gol diperbuat daripada kulit dan plastik. Ia berfungsi untuk melindungi tangan dan memberi keyakinan kepada penjaga gol untuk menahan bola. Selain itu, alatan lain yang perlu adalah pelindung dada,pelindung bahu, penutup muka, pelindung mulut, seluar berped,pelindung mulut dan kemola untuk penjaga gol lelaki. Pelindung badandan bahu untuk melindungi tubuh badan dan dipakai di bawah jersi penjaga gol. Pelindung mulut pula bertujuan untuk melindungi mulut dan gusi daripada cedera. Pelindung muka adalah wajib bagi penjagagol kecuali semasa penalti dan ia bertujuan melindungi muka, kepaladan kerongkong. Bagi memudahkan penjaga gol melungsur di atas permukaan gelanggang sintetik ia perlu memakai seluar yangmempunyai ped.


  • Kasut

Pemain digalakkan memakai kasut yang sesuai terutama yang mempunyai tetungku getah. Kasut khas digunakan untuk bermain diatas permukaan sintetik di mana membenarkan pemain mempunyai tempat berpijak yang baik.





Sunday, August 14, 2011

Ukuran Padang Hoki

Kebanyakan ukuran padang hoki pada asalnya diteteapkan menggunakan nombor integer ukuran imperial dan dituliskan sedemikian dalam rencana ini.

Thursday, August 11, 2011

Malaysian Junior Hockey League (MHJL)

MELENTUR buluh, biarlah dari rebungnya.
Itu mungkin satu ungkapan klise yang selalu didengari, namun hakikatnya, inilah pegangan yang menjadi landasan utama buat Persekutuan Hoki Malaysia (PHM).

Dengan kedudukan ranking skuad negara di tangga ke-16 dunia ketika ini, sukan hoki bolehlah dianggap antara sukan yang berjaya di negara ini selain skuasy, badminton, boling, dan juga sukan teras yang lain.

Justeru, tidak salah jika dikatakan hoki merupakan antara sukan yang telah menaikkan imej dan nama Malaysia di pentas antarabangsa.


Begitupun, PHM yang kini di bawah pimpinan Presiden Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, ada satu misi baru tahun ini.

Selain memperbaiki ranking negara di pentas dunia, PHM juga mahu melahirkan sebanyak mungkin pemain-pemain muda untuk menjadi pelapis kepada pemain bintang yang ada sekarang.

Usaha yang lahir dari idea Tengku Abdullah itu akan dimulakan di peringkat akar umbi dengan melibatkan semua sekolah dan persatuan hoki di peringkat daerah dan negeri.

Salah satu platform yang dianggap penting untuk melahirkan pemain pelapis berbakat ini ialah dengan penganjuran Liga Hoki Remaja Malaysia (MJHL) yang melibatkan pemain berusia bawah 19 tahun.