Monday, September 12, 2011

Hoki Malaysia Raih Gangsa Di Ordos

KUALA LUMPUR - Penyerang muda, Muhammad Firhan Ashaari muncul wira apabila jaringannya memberikan kemenangan untuk skuad hoki negara meraih gangsa menewaskan Jepun 1-0 pada perebutan tempat ketiga kejohanan Trofi Juara-Juara Asia di Ordos, China, semalam.
Kemenangan skuad kendalian Tai Beng Hai itu sekali gus membuktikan keupayaan pasukan apabila mengatasi sasaran tempat keempat yang ditetapkan Persekutuan Hoki Malaysia (PHM).
Walaupun kejohanan tersebut tidak memberi sebarang peningkatan kepada skuad hoki negara pada kedudukan ranking dunia, Beng Hai bangga dengan persembahan pemain.
"Akhirnya pemain berjaya menghadiahkan pingat gangsa walaupun kita tewas pada dua perlawanan awal.
"Pada perlawanan dengan Jepun, kita mempamer prestasi terbaik dengan menyekat strategi pihak lawan," kata Beng Hai ketika dihubungi semalam.
Pada perlawanan mendebarkan semalam, bahagian serangan skuad kebangsaan dikawal ketat oleh pertahanan Jepun, sehingga sukar untuk mendapatkan jaringan pada separuh masa pertama.
Kedua-dua pasukan terus buntu tanpa jaringan pada babak kedua sebelum Muhammad Firhan, 18, meledak gol kemenangan tujuh saat sebelum tamat perlawanan akibat kelalaian pertahanan Jepun.
Ia adalah pingat kedua yang diraih skuad negara di pentas Asia selepas pingat perak pada Sukan Asia, Guangzhou 2010.
Beng Hai menambah, pemain muda yang diberi peluang beraksi di Ordos telah membuktikan keupayaan mereka.
"Pemilihan pemain muda seperti Amir Farid Ahmad Fuzi pada kejohanan sebegini adalah sesuatu yang positif.
"Kita juga berupaya beraksi dengan konsisten melalui pemain muda ketika menentang Jepun hari ini," katanya.
Sementara itu, pertembungan akhir kejohanan menyaksikan pemenang pingat emas Sukan Asia 2010, Pakistan sekadar memperoleh pingat perak selepas tewas 2-4 kepada India melalui penentuan penalti.
Tempat kelima milik Korea Selatan yang menewaskan China 2-1.
Dipetik dari webmaster Mjlis Sukan Negara Malaysia






TAHNIAH SAYA UCAPKAN BUAT PASUKAN HOKI MALAYSIA!!!! 
walaupun hanya sekadar meraih pingat gangsa, saya sebagai rakyat Malaysia dan juga peminat kepada pasukan hoki malaysia sangat berpuas hati dengan corak permainan yang ditonjolkan. Dengan kehdiran ramai bakat-bakat muda, menambahkan lagi mutu permainan yang ditontonkan.

MALAYSIA BOLEH!!!!
       

Nasib Pemain Hoki Kelantan

 KETIKA ini, sukan bukan sahaja dianggap sebagai satu bidang semata-mata. Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa ia adalah suatu perniagaan di mana pengurusannya adalah umpama mengurus sebuah syarikat konglomerat yang besar.

Sebagai contoh, Majlis Sukan Negeri (MSN) Kelantan, saban hari sentiasa berusaha untuk memastikan segala keperluan yang diperlukan oleh para atletnya dapat dipenuhi. Bagaimanapun, tugas yang dipikul MSN Kelantan seakan-akan terbantut apabila kekangan kewangan sering menghantui badan induk sukan negeri itu.

Mereka hanya mengharapkan peruntukan yang diberikan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) setiap tahun tanpa ada satu pun institusi yang tampil membantu. Disebabkan itu, tidak hairanlah Kelantan boleh dikatakan antara negeri yang termundur dalam menyediakan fasiliti sukan dan ada di antara gelanggang sukannya sudah berusia lebih 10 tahun.

Secara zahirnya, MSN dilihat sudah menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan dengan mengesan bakat-bakat baru dan saban tahun, Kelantan tidak pernah ketandusan melahirkan atlet berpotensi.
Namun, usaha tersebut bagai tersekat kerana atlet-atlet yang terpilih gagal ditempatkan di sebuah pusat yang serba canggih. Tidak dapat dinafikan bahawa kesedaran mengenai aktiviti sukan di Kelantan agak menyerlah di mana masyarakatnya tidak dapat dipisahkan dengan sukan dalam kehidupan seharian.

Maka, tidak hairanlah Kelantan menjadi antara negeri yang terpenting dalam industri sukan tanah air dengan menyumbang serta mengeluarkan bakat-bakat baru. Pengarah MSN Kelantan, Noordin Awang berkata, atlet yang lahir menerusi program pembangunan MSN Kelantan adalah atlet yang cekal dan luar biasa semangatnya.


BEGINILAH keadaan padang hoki astroturf milik Majlis Perbandaran Kota Bharu yang koyak dan tidak pernah diselenggara dengan baik.



Menurutnya, mereka tidak disediakan peralatan yang cukup dan moden dan hanya menggunakan apa yang ada sahaja kerana mereka menyedari kemampuan MSN Kelantan hanya setakat itu.

"Program latihan berpusat juga tidak dapat dilaksanakan dengan efisien, sebagai contoh untuk Sukma (Sukan Malaysia) kita hanya melakukan persiapan sekitar dua hingga tiga bulan sahaja sebelum kejohanan. "Majlis Sukan Negara hanya menyediakan peruntukan sekitar RM2 juta setahun untuk keseluruhan program pembangunan dan pengurusan termasuk pembayaran gaji kakitangan," katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Tambahnya, dengan peruntukan itu, MSN Kelantan hanya mampu berbelanja mengikut sekadar yang mampu dalam menyediakan kelengkapan untuk 19 jenis sukan teras.

Katanya, walaupun dihimpit masalah kewangan, MSN Kelantan sedaya mungkin melakukan tugas-tugasnya terutama dalam memantau program pencarian dan perkembangan bakat. Noordin berkata, program pembangunan sukan di Kelantan tidak akan sempurna tanpa kerjasama pihak Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Kelantan (MSSK)

"MSSK sangat memberi impak kepada perkembangan sukan di Kelantan. Mereka adalah tulang belakang kepada MSN dalam program pengecaman bakat.

"Melalui kejohanan yang dianjurkan, kita dapat mengenal pasti bakat-bakat muda yang berpotensi terutama selepas program Kijang Mas dilancarkan pada Julai 2007 lalu," ujarnya. Dalam serba-serbi kekurangan, Kelantan meneruskan usaha untuk meletakkan nama sebaris dengan negeri-negeri lain yang jauh lebih hebat program pembangunan sukannya.

Kosmo! juga sempat meninjau satu-satunya gelanggang hoki padang astroturf di Kelantan yang dibina pada tahun 1993. Selepas pembinaannya, gelanggang tersebut tidak pernah diselenggarakan dengan baik sehingga keadaannya begitu daif tetapi tetap digunakan oleh skuad hoki Kelantan kerana itu sahaja yang dimiliki.

Keadaan padang terlalu teruk sehingga boleh mendatangkan kecederaan kepada para pelatih atau pemain selain pagar yang sudah usang dan berlubang serta ciri-ciri keselamatan lain yang tidak sempurna. Jurulatih skuad hoki bawah 18 tahun lelaki Kelantan, Mohd. Amin Setafa berkata, padang berkenaan adakalanya terpaksa memuatkan empat pasukan hoki yang menjalani latihan dalam satu-satu masa.

Katanya, padang itu jugalah yang menjadi tempat latihan skuad yang mewakili Kelantan untuk kejohanan-kejohanan tempatan. "Ini sahaja yang kita ada, mahu tidak mahu kita terpaksa gunakan, namun kekurangan ini tidak pernah menjadi halangan kepada kita untuk berjaya.

"Semangat yang mereka (pemain) ada luar biasa hebatnya, mereka sanggup menaiki bas yang tambangnya dibayar sendiri untuk menyertai latihan dan kejohanan tempatan," tambahnya.

Menurutnya, dengan padang yang terlalu daif itu juga, seorang pemain Kelantan terpilih menyarung jersi skuad remaja kebangsaan sementara dua lagi pemain menyarung jersi pasukan bawah 16 tahun kebangsaan.

Apa yang lebih membanggakan, pasukan hoki Kelantan juga berjaya menjadi johan Divisyen 2 Liga Hoki Remaja Kebangsaan 2008 dan seorang pemainnya, Shahrul Annuar Ibrahim di nobatkan selaku pemain terbaik seluruh kejohanan.

Pada Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) Ke-51 baru-baru ini, atlet muda Kelantan, Nik Hafiz Nik Mohamad berjaya merangkul gelaran Olahragawan kejohanan. Hanya berlatih di trek sepanjang 125 meter sebelum dipilih menjalani latihan pusat di Pulau Pinang di bawah kelolaan MSN, Nik Hafiz terus membuktikan bahawa semangat adalah kunci untuk mencapai kejayaan.

Keistimewaan yang ada pada atlet Kelantan adalah kesungguhan dan kecekalan selain semangat jati diri dan kesetiaan pada negeri yang sangat menebal.

Dalam pada itu, Noordin tidak menafikan terdapat beberapa atlet Kelantan menerima tawaran yang lebih lumayan daripada negeri lain untuk berhijrah dan menyarung jersi negeri berkenaan.

Namun, Noordin berkata, kesetiaan pada negeri kelahiran sering kali menjadi asas yang kuat kepada atlet-atlet ini untuk terus menyumbang bakti kepada Kelantan.

Tanpa berselindung, Noordin mengakui, setakat ini MSN Kelantan hanya mampu bertindak sebagai pencari bakat, namun belum memiliki kemampuan sepenuhnya untuk menggilapnya.

"Kita mengakui kekurangan tersebut dan itu adalah hakikat yang kami, atlet dan seluruh peminat sukan di Kelantan harus terima.

"Kita mengharapkan pihak Majlis Sukan Negara untuk menilai atlet-atlet kita yang kita bawa dalam kejohanan yang dianjurkan supaya dapat meneruskan impian para atlet ke peringkat yang lebih tinggi," ujarnya.

Bagaimanapun menurut Noordin, pihaknya sentiasa berusaha meningkatkan keupayaan dalam memberikan yang terbaik kepada semua atlet kelahiran Kelantan. -

Dipetik dari-ihsan kosmo

Sunday, September 11, 2011

Kemahiran Asas Hoki

Permainan hoki mempunyai pelbagai kemahiran yang perlu dikuasai. Setiap kemahiran yang ada di dalam permainan ini mempunyai kelebihan tersendiri. Jadi, harapan kami agar pelajar dapat berusaha untuk mengusai kemahiran yang telah diajar.



Hoki juga satu permainan fizikal yang memerlukan pelbagai unsur seperti kepantasan, kelincahan, kekuatan, daya tahan, strategi dan teknikal. Ia sangat penting kerana ia memberikan kelebihan seseorang pemain itu dengan pemain yang lain. Apabila seseorang pemain itu dapat menguasai kemahiran-kemahiran tersebut, ia memberi peluang kepada meraka untuk kreativiti dan gaya individual.


Antara kemahiran-kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap pemain ialah menggelecek, memukul, menolak, dan menerima atau menahan bola.

1.Menggelecek
Menggelecek adalah kemahiran yang penting. Kemahiran ini perlu dikuasai untuk membawa bola, melepaskan diri daripada pemain lawan, mengekalkan pemilikan bola, menukar arah, dan sebagainya. Terdapat tiga cara menggelecek, iaitu menggelecek longgar, menggelecek rapat, dan menggelecek ‘Indian’(Indian Dribble).



Kedudukan kaki yang betul semasa menggelecek bola cara Indian dribble

2. Memukul
Memukul juga kemahiran asas dalam permainan hoki yang perlu dikuasai oleh setiap pemain. Kelebihan kemahiran memukul ini adalah membolehkan bola bergerak dengan cepat dan jauh. Ketepatan semasa memukul bola adalah sangat penting, supaya bola tidak tersasar ke arah lain.


kedudukan yang betul semasa memukul bola statik.Pastikan kayu dipegang dengan kemas.

Pastikan pemain fokus pada bola semasa hendak memukul bola. Pegangan dan hayunan kayu yang betul juga dapat menghasilkan pukulan yang kuat


3. Menolak

Kemahiran menolak adalah berlainan dengan kemahiran memukul, walaupun tugasnya sama seperti kemahiran memukul. Antara perbezaan ketara jika dibandingkan dengan kemahiran memukul ialah kemahiran menolak tidak memerlukan hayunan kayu hoki dan kuasa atau tekanan yang dikenakan kepada bola adalah berlainan. Kebiasaannya tiada bunyi ketukan terhasil dari tolakan bola. 





Kedudukan atau postur sedia untuk menolak bola

4. Menerima dan menahan bola
Kemahiran menerima atau menahan bola juga salah satu kemahiran yang sangat penting dan perlu dikuasai oleh pemain. Kemahiran ini digunakan untuk menerima bola yang dihantar dari rakan sepasukan supaya kedudukan atau pemilikan bola masih berada dalam kawalan pasukan sendiri, tidak jatuh ke pasukan lawan. Kedudukan semasa menerima atau menahan bola boleh dilakukan semasa berada dalam kedudukan statik ataupun sedang bergerak.



cara yang betul untuk menahan bola tinggi.


* Kesalahan yang kerap dilakukan

Terdapat beberapa kesalahan yang sering dilakukan oleh pemain atau pelajar semasa menggunakan kemahiran memukul ini. Apabila kesalahan dilakukan ia menyebabkan kesan yang negatif dan tidak diingini. contoh bola tidak sampai ke penerima, arah bola berlainan, dan bola keluar dari kawasan permainan atau jatuh ke pihak lawan.


Antara kesalahan yang sering dilakukan ialah:


i. Pegangan pada pemegang kayu hoki tidak kuat. Pegangan yang longgar menyebabkan kontek bola dengan kayu hoki tidak kuat dan bola tidak pergi jauh.


ii. Pegangan tangan yang terlalu dekat dengan hujung kayu hoki. Pegangan yang terlalu dekat menjadikan ayunan kayu hoki tidak terlalu kuat.

iii. Lajaran diberhentikan semasa memukul bola. Ini menyebabkan kuasa ayunan tersebut sedikit berkurangan.


iv. Bukaan kaki yang tidak sesuai menyebabkan kehilangan keseimbangan ketika hendak memukul bola.


v. Bahu tidak menunju ke arah sasaran bola yang hendak dipukul.








Kejohanan Hoki Dewan Ke 6 2011




PERATURAN PERMAINAN KEJOHANAN HOKI DEWAN UPSI 2011

1.             PERATURAN AM
Selain dari peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang ‘Rules of Indoor Hockey 2007’ yang ditetapkan oleh The International Hockey Federation”.
Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya, maka undang-undang dalam Bahasa Inggeris akan dipatuhi
Pertandingan ini dinamakan ”KEJOHANAN HOKI DEWAN TERBUKA UPSI, KE-6 2011”.
1.1                Kategori dan tarikh pertandingan bermula adalah seperti berikut:-
Bil
Kategori/Perkara
Masa bermula
1.
Terbuka – Lelaki
Sabtu 7.30 pagi
2.
Institut Pengajian Tinggi (IPT) – Lelaki
Jumaat 300 petang
3.
Institut Pengajian Tinggi (IPT) – Wanita
Jumaat 3.00 petang
4.
Bawah 16 Tahun – Lelaki
Jumaat 3.00 petang
5.
Bawah 16 Tahun – Wanita
Jumaat 3.00 petang
6.
Bawah 12 Tahun – Lelaki
Jumaat 3.00 petang
7.
Bawah 12 Tahun - Wanita
Jumaat 3.00 petang
8.
Separuh Akhir / Ketiga dan Akhir
Ahad 8.00 pagi
9.
Mesyuarat Pengurus Pasukan
20/10/11 8.30 malam

1.2          Peralatan pertandingan:
1.2.1       Kayu hoki dewan dan bola disediakan oleh penganjur kecuali peralatan penjaga gol (padding)
1.2.2       Hanya kayu hoki dewan dan bola yang disediakan oleh penganjur sahaja boleh digunakan untuk pertandingan ini. (kecuali yang dipersetujui oleh pihak teknikal)
1.2.3       Pasukan yang bertanding hendaklah membawa peralatan penjaga gol (padding) sendiri.
1.2.4       Semua pemain dimestikan memakai pelapik keting (shin guard)
1.2.5       Pemain mesti gunakan nombor yang sama sepanjang pertandingan.

2.             PENGURUSAN PERTANDINGAN
Pertandingan ini dianjurkan oleh Pusat Sukan, Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan kerjasama Persatuan Hoki Perak dan Kementerian Pengajian Tinggi. Pengelolaan pertandingan adalah dibawah tanggungjawab Pengarah Pertandingan dan penolongnya yang meliputi tugas-tugas berikut:-
2.1          Menentukan peraturan-peraturan pertandingan dipatuhi
2.2          Menjaga masa
2.3          Pengurusan dan penyeliaan Juri Rayuan / Pengadil
2.4          Disiplin Pemain / Pegawai
3.             KELAYAKAN PENYERTAAN

3.1          Penyertaan adalah terbuka kepada semua sekolah-sekolah menengah di seluruh Malaysia , Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta Malaysia dan Kelab-kelab Hoki di seluruh Malaysia dan Pasukan Jemputan dari Luar Negara..

3.2          Borang penyertaan hendaklah dikembalikan bersama yuran pendaftaran kepada:
                                Sekretariat Sukan Bitara UPSI ke 6, 2011
Pusat Sukan,
Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni,
Universiti Pendidikan Sultan Idris
                35900 Tanjong Malim, Perak
                Tel :       05-4506550                      
                Fax :       05-4585137
3.3          Semua permohonan penyertaan hendaklah sampai kepada Sekretariat Kejohanan Hoki Dewan Terbuka UPSI-Ke 6 sebelum atau pada 15 Oktober 2011.
3.4          Yuran penyertaan adalah berdasarkan kategori masing.
Ø  Terbuka                                 : RM 200.00
Ø  IPT Lelaki & Wanita           : RM 150.00
Ø  Bawah 16 Tahun Lelaki & Wanita   : RM 100.00
Ø  Bawah 12 Tahun Lelaki & Wanita : RM 100.00
3.5          Bayaran boleh dilakukan secara tunai, cek atau wang pos atas nama BENDAHARI, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS.
3.6          Sebarang kemusykilan boleh berhubung terus kepada Urusetia Pertandingan Hoki Dewan seperti pada talian tertera diatas.
3.7          Sila bawa Kad Pengenalan/ Kad Pelajar / Pasport (ORIGINAL) untuk urusan penyemakan status pemain. Kegagalan mengemukan dokumen asal akan menyebabkan penyertaan pemain terbabit dibatalkan.

4.             PENDAFTARAN
4.1          Setiap pasukan mengandungi 10 orang berdaftar, 8 orang pemain  berdaftar untuk setiap perlawanan (termasuk 2 orang simpanan) dan 2 orang pegawai.
4.2          Pasukan yang menggunakan pemain yang tidak berdaftar akan digantung penyertaan untuk kejohanan ini dan diajukan ke lembaga tatatertib untuk tindakan selanjutnya.
4.3          Pemian tidak dibenarkan mendaftar melebihi 1 pasukan didalam pertandingan ini. Penambahan & pertukaran pemain mestilah dilakukan sebelum Mesyuarat Pengurus Pasukan (20 Okt 2011, Khamis 9.00 mlm). Tidak dibenarkan mendaftar pemain selepas mesyuarat pengurus pasukan selesai.
4.3          Pertukaran secara “rolling substitutions” akan digunakan didalam pertandingan ini dihadapan meja teknikal.
4.4          Setiap pemain hanya menggunakan nombor yang didaftarkan sahaja.



5.             SISTEM PERTANDINGAN
5.1          Pertandingan akan dijalankan secara LIGA satu pusingan di peringkat PUSINGAN PERMULAAN dan seterusnya secara kalah mati di peringkat PUSINGAN KEDUA hingga PERLAWANAN AKHIR.
5.2          Bagi perlawanan dalam kumpulan di peringkat permulaan yang dijalankan secara LIGA, pasukan yang menang mendapat 3 mata, seri 1 mata dan kalah 0 mata.
5.3          Pasukan yang memungut mata terbanyak menjadi Johan Kumpulan dan pasukan yang mendapat jumlah mata kedua terbanyak menjadi Naib Johan Kumpulan.
5.4          Sekiranya kiraan mata diperolehi sama, maka keputusan akan ditentukan seperti berikut:-
5.4.1       Pasukan yang memperoleh perbezaan gol yang lebih banyak akan dianggap sebagai pemenang. (Goal difference)
5.4.2       Sekiranya terdapat pasukan yang memperolehi perbezaan gol yang sama juga, pasukan yang menjaringkan gol terbanyak akan dikira sebagai pemenang.
5.4.3       Sekiranya jaringan gol juga sama, pasukan yang telah mengalahkan lawannya pada peringkat kumpulan akan dikira menang.
5.4.4       Jika kedudukan masih seri, keputusan akan ditentukan dengan pertandingan pukulan penalti seperti peraturan (6).

5.5          Undian untuk pusingan kedua akan dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal. Perlawanan di peringkat PUSINGAN KEDUA hingga PERLAWANAN AKHIR dijalankan secara KALAH MATI. Pasukan yang menjaringkan gol terbanyak dikira sebagai pemenang. Sekiranya keputusan masih seri selepas permainan masa penuh ditamatkan:
5.5.1       Perlawanan tambahan selama 3 minit dijalankan tanpa rehat.
5.5.2       Jika selepas masa tambahan keputusan masih seri, pertandingan pukulan penalti seperti peraturan (6) akan dijalankan untuk menentukan pemenang.

6.             SISTEM PUKULAN PENALTI
6.1          Tiga (3) pemain dari kedua-dua pasukan akan mengambil pukulan penalti berselang-seli terhadap penjaga gol pasukan lawan.
6.2          Jika kedudukan masih seri, penalti akan dilanjutkan dengan cara ”sudden death”.
6.3          Pengadil-pengadil akan menentukan gol dimana pukulan penalti akan dijalankan.
6.4          Pengadil akan membuat undian. Pasukan yang menang akan membuat pilihan samada membuat pukulan penalti atau bertahan dahulu.
6.5          Penjaga gol tidak boleh ditukar kecuali cedera.

7.             JADUAL PERTANDINGAN
Jadual pertandingan akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan.

8.             MASA PERMAINAN
8.1          Tempoh masa bermain ialah 10 minit bagi tiap-tiap perlawanan tanpa pertukaran tempat bagi pusingan awal, kedua, suku akhir dan separuh akhir.
8.2          Bagi peringkat akhir dan tempat ke-3 dan ke-4 sahaja masa permainan ialah 7-1-7 minit.
8.3          Pasukan yang tidak sanggup meneruskan sesuatu perlawanan  dianggap menarik diri dan tersingkir daripada pertandingan ini. Semua keputusan perlawanan terdahulu tidak diambilkira.
8.4          Sekurang-kurangnya mesti ada 4 orang pemain bagi setiap pasukan berada di padang sebelum seuatu perlawanan boleh dimulakan. Jika kurang, pasukan berkenaan dikira menarik diri.
8.5          Tempoh masa tambahan di pusingan kalah mati adalah seperti perkara 5.5.1,5.5.2 di atas.

9.             PENGADIL & TEKNIKAL PERTANDINGAN
Pengadil & Teknikal kejohanan ini adalah terdiri daripada Lembaga Pengadil Persatuan Hoki Perak.

10.          BANTAHAN
10.1        Pada akhir sesuatu perlawanan, sekiranya mana-mana pasukan yang ingin membuat bantahan maka bantahan hendaklah dikemukakan secara lisan kepada Pegawai Teknikal Bertugas atau wakilnya. Pengurus Pasukan mesti menulis perkataan-perkataan yang berbunyi ”INGIN BANTAH” semasa menandatangani Laporan Perlawanan.
10.2        Bantahan bertulis serta wang tunai RM 300.00 hendaklah diserahkan kepada Pegawai Teknikal dalam masa 10 minit selepas perlawanan tersebut tamat dan ditandatangani oleh pengurus pasukan yang berdaftar dengan urusetia pertandingan.
10.3        Wang bantahan tidak akan dikembalikan semula sekiranya bantahan tersebut tidak diterima dan yuran pemprosesan sebanyak RM 50.00 akan dikenakan sekiranya bantahan diterima.

11.          TATATERTIB
                11.1        Pemain-pemain:-
11.1.1       Tiga (3) Kad Hijau disepanjang pertandingan akan digantung satu perlawanan.
11.1.2     Dua (2) Kad Hijau dan satu (1) Kad Kuning disepanjang pertandingan akan digantung satu perlawanan berikutnya.
11.1.3       Dua (2) Kad Kuning disepanjang pertandingan akan digantung satu perlawanan berikutnya.
11.1.4     Satu (1) Kad Merah akan digantung satu perlawanan atau beberapa perlawanan dan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal Pertandingan, jika perlu pemain akan dirujukkan kepada Lembaga Tatatertib Kejohanan Hoki Dewan UPSI Ke-6 2011.
11.2        Pegawai-pegawai
Pegawai-pegawai pasukan yang didapati melakukan kesalahan tatatertib akan diberi amaran dan sekiranya perlu dilaporkan kepada Lembaga Tatatertib Persatuan Hoki Perak Darul Ridzuan.
12.          HADIAH
Hadiah-hadiah akan disediakan bagi setiap kategori adalah seperti berikut:-
Kategori Terbuka
12.1        Johan                                      - RM2,000.00 + Medal + Sijil Penghargaan
12.2        Naib Johan                            - RM 1,500.00 + Medal + Sijil Penghargaan
12.3        Ketiga                                     - RM 1,000.00 + Medal + Sijil Penghargaan
12.4        Keempat                                - RM 500.00 + Medal + Sijil Penghargaan
Kategori IPT
12.5        Johan                                      - RM1,500.00 + Medal + Sijil Penghargaan
12.6        Naib Johan                            - RM 1,000.00 + Medal + Sijil Penghargaan
12.7        Ketiga                                     - RM 750.00 + Medal + Sijil Penghargaan
12.8        Keempat                                - RM 500.00 + Medal + Sijil Penghargaan

Kategori Bawah 16 & 12 Tahun

12.9        Johan                                      - RM1,000.00 + Medal + Sijil Penghargaan

12.10      Naib Johan                            - RM 700.00 + Medal + Sijil Penghargaan
12.11      Ketiga                                     - RM 500.00 + Medal + Sijil Penghargaan
12.12      Keempat                                - RM 300.00 + Medal + Sijil Penghargaan

13.          PENANGGUHAN
13.1        Sekiranya keadaaan gelanggang tidak sesuai untuk sesuatu permainan ataupun ditangguhkan, ianya akan disambung di tempat dan masa yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknikal Pertandingan dan ianya adalah muktamad.
13.2        Jika permainan ditamatkan selepas separuh masa, keputusan adalah kekal.

14.          BORANG
Borang diadakan bagi tujuan Penyertaan Rasmi Pasukan, Pendaftaran Pemain serta Pendaftaran Pertandingan/Permainan. Borang Penyertaan Rasmi telah dikepilkan bersama-sama dengan surat jemputan. Pasukan yang berminat hendaklah membaca terlebih dahulu peraturan pertandingan dan melengkapkan borang-borang tersebut untuk dihantar sebelum tarikh tutup penyertaan untuk memudahkan bahagian teknikal kami menyusun jadual pertandingan. Borang Pendaftaran Pemain dan Borang Pendaftaran Pertandingan pula diberikan sebelum pertandingan bermula. Setiap pasukan hendaklah menulis nama pemain utama sebelum dihantar ke meja urusetia. Ini adalah untuk teknikal menyemak senarai nama pemain utama bagi mengelakkan sebarang keraguan serta memudahkan statistik permainan dibuat.

15.          PERKARA – PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan – Peraturan Am ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa pengelola Pertandingan dan keputusannya adalah MUKTAMAD
  


DISEDIAKAN OLEH
JAWATANKUASA TEKNIKAL
PERSATUAN HOKI PERAK



Pahit dan Manis

Assalamualaikum....
Post yang sebelum ini aku menceritakan tentang bermulanya karrier hokiku. Kali ini aku akan menceritakan tentang karrierku sebagai pemain hoki. Setelah aku terpilih untuk mewakili sekolah, aku ke kejohanan peringkat zon yang mana bahawa umurku pada ketika itu baru 11tahun. Kejohanan tersebut di bawah umur 12tahun. Jadi aku ketika itu junior la. 

Walaupun aku hanya sekadar junior ketika itu, coach memberikan aku kepercayaan untuk aku menjadi kapten. Dipendekkan cerita, habis saje kejohanan itu, sekolahku hanya sekadar naib johan. Yang menggembirakan aku adalah aku telah terpilih untuk mewakili daerah ke kejohanan peringkat negeri. Dari sini lah aku mula bertekad untuk bermain bersungguh- sungguh dan ingin mewakili Malaysia atau sekurang kuangnya negeri. 

Dengan tekad dan usaha yang kental aku terpilih la untuk sesi pemilihan untuk mewakili negeri ke peringkat kebangsaan. Tapi yang mengecewakan aku adalah aku tidak terpilih untuk mewakili negeri pada ketika itu kerana umurku baru 11 tahun. walaubagaimaapun, aku tetap bepuas hati kerana umurku baru 11 tahun sudah dapat aku menandingi pemain yang lebih tua daripada ku.

Karrierku tidak berakhir disini sahaja, karrier seterusnya akan ku cerita di lain post. 
sekian.
Assalamualaikum. 

Saturday, September 10, 2011

Bermulanya Karrier Hokiku

Pada mulanya hoki yang yang aku kenal hanyalah sekadar nama.
Semasa umurku menjejak 11tahun, disekolah aku mengadakan satu pemilihan pemain hoki untuk wakil sekolah ke pertandingan hoki peringkat zon. pemilihan tersebut merupakan pemilihan yang pertama yang diadakan di sekolah ku kerana ia merupakan penyertaan pertama dalam mana mana pertandingan.


Pada mulanya aku tak la berminat sangat. Nak jadikan cerita kawan aku mengajakku untuk menyertai pemilihan tersebut tetapi aku enggan. Aku hanya menemani dia saja ke pemilihan tersebut.sambil aku melihat mereka bermain, pandangan mataku mula tertarik dengan permainan itu.


Setelah mereka selesai sesi pemilihan tersebut, Jurulatih tersebut melihatku dan menghampiriku. Berboraklah aku dengan dia. Dipendekkan cerita dia pon mempelawa aku untuk join sekali kerana pada ketika itu saiz tubuh badan aku macam orang dewasa.aku pon terima pelawaanye itu. dan aku pon turun la berlatih. disinilah hatiku mula terpikat dengan parmainan ini.
Sehingga ke hari ini, hoki tetap dihatiku........


tak de gambar yang masa umur 11tahun, ade gamba ni je yang paling muda..